HIZIB BAHR

SEJARAH HIZIB BAHR

Hizb al-bahr ini adalah hizib yang termasyhur disamping dua hizib lagi iaitu hizib an-Nawawi dan Ratib Hadad. Ketiga-tiga ini adalah milik wali-wali Qutub. Wali Qutub ialah ketua para wali atau pusat para wali di dunia ini pada zamannya. Yang mana mereka ini adalah orang yang amat bertakwa kepada Allah secara zahir dan batin.Tujuan asal amalan hizib-hizib adalah untuk membawa diri seseorang itu menjadi dekat dengan Allah S.W.T. Dalam arti kata lain, Mengharapkan redha Allah dalam mengamalkannya disamping melakukan amalan-amalan wajib seperti solat fardu, puasa, mengeluarkan zakat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ini kerana Hizib adalah juga kategori doa atau zikir yang bertujuan memperkuat tauhid pengamal tersebut.

Terdapat banyak keistimewaan @ kelebihan @ fadhilat bagi sesiapa yang mengamalkankan hizib-hizib ini. Antaranya mendapat redha Allah, sentiasa dalam keadaan hati yang tenang, terpelihara dari hasad dengki khianat orang, terpelihara dari gangguan jin, syaitan serta iblis dan sebagainya. Apapun kelebihan-kelebihan yang ada itu adalah kurniaan Allah kepada hamba yang diredhainya, maka kita sebagai hamba Allah hendaklah mengikhlaskan niat terhadap apa jua amalan yang dilakukan. Berkenaan kelebihan-kelebihan itu kita serahkan kepada Allah dan jangan mengharapkannya. Kerana setiap musihabah yang berlaku keatas kita terkadang ada hikmah disebaliknya dan terkadang menjadi kaffarah (balasan untuk menghapus dosa) atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cukuplah yang penting kita mengamalkannya hanya mencari redha Allah S.W.T.

Kembali kepada Hizb al-Bahr, hizib inilah yang al-Imam selalu berwasiat kepada anak-anak muridnya supaya rajin dibaca, diamalkan dan diajarkan kepada anak-anak. Kerana di dalamnya mengandungi al-Ismul A’dzam (nama Allah yang Maha Agung).

Hizb ini diajarkan oleh Rasulallah S.A.W melalui mimpi Imam Abu Hasan asy-Syazilisewaktu beliau berdukacita di tengah-tengah Laut Merah.Diceritakan, suatu hari Al-Imam ingin pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardu haji melalui jalan laut. Kapten kapalnya itu seorang nasrani (kristian). Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup, ini membuatkan kapal yang al-Imam naiki tidak boleh berlayar. Bukan setakat sehari, malah berhari-hari. Semua awak-awak kapal menjadi gelisah dan berdukacita. Dalam kegelisahan inilah, Imam Abu Hasan asy-Syazili bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W mengajarkan al-Imam akan hizib ini.

Apabila tiba waktu siang, al-Imam menyuruh kapten kapal itu bersiap-siap untuk berlayar. Dan ini menyebabkan kapten kapal itu kehairanan, lalu bertanya.

Kapten kapal : “Mana Anginnya, tuan?”.
Jawab al-Imam : ” Sudah! siap-siap, sekarang angin datang!”.

Dengan Izin Allah S.W.T beberapa saat kemudian angin pun datang. Oleh kerana peristiwa yang luar biasa ini, kapten kapal yang seorang nasrani itu pun memeluk Islam. MasyaAllah.


Page 1
Page 2
Page 3
Page 4
Page 5
Page 6
Page 7
Page 8

Satu Tanggapan to “HIZIB BAHR”

  1. Hendra Agnes Says:

    Nama Lengkap : Hendra Agnes
    Tempat, Tanggal Lahir : Nganjuk, 28 Agustus 1984
    Gender : Laki-laki
    Status nikah : Sudah nikah
    Usia : 33 Tahun
    Agama : Islam ( NU
    Facebook : https://www.facebook.com/Hendraagnes28
    Nomor Ponsel / WA : 082232962605
    Nama Ayah Kandung : Bapak Mochammad Djainuri
    Agama : Islam ( NU )
    Nama Ibu Kandung : Ibu Yunani
    Agama : Islam ( NU )
    Alamat Lengkap : Jalan Joyoboyo, Loceret Kabupaten Nganjuk, Jawa Timur – Indonesia
    ———————————————————-
    A’uudzubillaahis-Samii’il-‘Aliimi minasy-Syaithoonir-Rojiim. Bismillaahir-Rohhmaanir-Rohhii
    m. Wa’alaikumus-Salaamu wa rohhmatulloohi wa barokaatuHu. Salam ta’dziim. Salam silaturrohmi. Semoga salam dan rahmat dan hidayah dan kesehatan serta kekuatan dari Allooh SWT selalu terlimpahkan kepada Bapak Ustaadz BAGUS beserta kedua Orang tua dari Bapak Ustaadz BAGUS serta kepada para keluarga Bapak Ustaadz BAGUS juga. Aamiin Alloohumma Aamiin. ( QOBILTU, QOBILTU, QOBILTU ) Saya terima ijazah yang penuh berkah tersebut dengan haq , lengkap dan sempurna tentang pentingnya HIZIB BAHRI dari Bapak Ustaadz BAGUS . Dan saya mohon izin untuk mengamalkannya lillaahi Ta’aalaa. Dan saya mohon do’a restu kepada Bapak Ustaadz BAGUS supaya saya berhasil dalam mengamalkan HIZIB BAHRI tersebut demi meningkatkan ibadah hanya kepada Allooh SWT secara ikhlas. Aamiin Alloohumma Aamiin. Dan saya berjanji akan selalu menjaga rahasia isi AMALAN QS. AT-TAUBAH AYAT 128-129 agar tidak disalahgunakan oleh orang-orang yang dzoolimiiin. Dan saya TIDAK ingin menyalahgunakannya . Dan Saya selalu mengucapkan Terima kasih yang sebanyak-banyaknya kepada Bapak Ustaadz BAGUS atas Ijazah yang penuh berkah itu. Dan saya berjanji akan selalu mengirim hadiah Q.S. Al-Faatihah kepada Bapak Ustaadz BAGUS beserta kedua Orang Tua Bapak Ustaadz BAGUS serta kepada para keluarga Bapak Ustaadz BAGUS juga setiap hari bibarokatil-Faatihah . .. .

Tinggalkan komentar